Saturday, 28 May 2011

Keindahan Islam...

        Hari ini aku telah menyaksikan sesuatu keindahan yang telah dicipta allah di dalam syariat islamnya, seorang sahabatku telah menjelankan tanggungjawabnya sebagai hamba allah yang percaya akan keindahan itu. Keindahan yang telah dicipta Allah di dalam islam yang seharusnya setiap insan miliki adalah pernikahan.     

       Ketika aku sedang duduk di hadapan imam dan sahabatku itu, aku melihat akan keindahan islam itu dengan menghayati setiap keindahan yang sedang berlaku dengan hati ddan jiwa yang tunduk akan kebesarannya. Waktu imam melafazkan ijab ke atas sahabtku, ia mengqabul akan ijab itu dengan tenang dan syahdu, ketika itu, aku telah saksikan bahawa islam itu sangat indah dan cantik.

      Aku menangis seketika sambil mata tertumpu pada imam dan sahabatku, hatiku berdoa, yaallah tempatlah aku di kalangan orang-orang yang beruntung dan yang sentiasa mematuhi perintahmu walau ujian yang besar aku terima. Mempunyai caranya yang tertentu dalam menerima sesuatu tanggunjawab yang telah diamanahkan. 

      Sesungguhnya isteri kita itu adalah amanah kita dan menjadi tanggungjawab untuk kita mendidiknya,  allah bukan sahaja member kita isteri, tapi allah juga member kita rezeki iaitu anak-anak yang soleh dan solehah. Allah telah meletakkan syarat jika kita ingin memiliki seorang wanita, kita wajib untuk menikahinya, tapi, manusia itu sentiasa berada dalam keadaan rugi , yang sentiasa inginkan sesuatu dengan jalan mudah.        

       Sesungguhnya jika kita memahami dan mematuhi akan perintah Allah pasti kita akan menjadi hambanya yang beruntung. Allah telah melarang kita dari mendekati zina, bukan melakukan zina. Jadi di sini kita tahu akan hokum allah itu sangat menyayangi hambanya dan tidak menjadikan hambanya susah. Manusia yang melalui jalan pintas dengan melakukan hubungan yang terlarang adalah manusia yang melampaui batas. Nabi telah bersabda jika seseorang pemuda itu telah mampu untuk bernikah, makan nikahlah. Tetapi jika tidak mapu maka berpuasalah kamu, sesungguhnya berpuasa itu dapat menjaga syahwat dan kemaluanmu. Hidup di dunia ini tidak lari dari cabaran dan ujian yang besar.

"Allah berfirman, adakah seseorang itu dikira beriman jika seseorang itu masih belum diuji imannya, sesungguhnya allah tidak meletakkan ujian itu kecuali manusia itu mampu untuk menerima ujian itu."
 
       Jika kita berhadapan dengan maksiat terhadap wanita, ingatlah, bahawa allah itu sentiasa melihat kita kerana allah itu maha melihat dan maha teliti. 

Akhir Kalam,
Moga dipermudahkan segala urusan..
Dari AbduAdib.

No comments:

Post a Comment