Monday, 23 May 2011

PERSAMAAN LELAKI DAN WANITA...


MUQADIMAH.
            Isu persamaan antara lelaki dan wanita adalah persoalan masyarakat itu sendiri,kerana ia merupakan komponen utama dalam masyarakat.Mungkin terlalu sukar utk kita bayangkan bagaimanakah lelaki dan wanita menjadi dua elemen yg saling bercakaran sehingga kita tidak dapat menggambarkan bagaimana seorang lelaki menjadi musuh dalam menuntut persamaan hak seperti yg terjadi hari ini.
            Meskipun terdapat beberapa perkara yg ditegah keatas wanita dan beberapa kelebihan yang diberikan kepada lelaki,sebenarnya mengandungi hikmah yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita.Wajarlah bg kita mengetahui bahawa disana adanya persamaan yang diberikan hak tersebut terhadap lelaki dan wanita oleh Islam.

KONSEP PERSAMAAN MANUSIAWI.

1.Dalil Quran:
            Pengucapan Al-Quran memperjelaskan konsep persamaan manusia terhadap lelaki dan wanita samaada ianya berkaitan dengan tegahan,larangan,suruhan,pengkhabaran,peringatan,kelebihan dan sebagainya.Pengucapan tersebut menunjukkan adanya persamaan  diantara lelaki dan wanita terhadap beberapa perkara seperti Firman Allah:(Al-Asr 2-3)(An-Nisa 1)(Al-Infitar 6-8).
            Uslub bahasa yang digunakan dalam pengucapan ini tidak terhad terhadap lelaki sahaja bahkan ianya meliputi juga terhadap wanita.Jelas dalam konsep ini kesatuan antara lelaki dan wanita itu wujud dalam menjalani kehidupan.
2.Dalil Hadis :
            Pengucapan Junjugan S.A.W pula memperlihatkan kebersamaan dan kekitaan antara lelaki dan wanita yang terdapat dalam kitab2 sunan antaranya sabda S.A.W yang bermaksud ;"Sesungguhnya wanita itu saudara kandung bg lelaki"(riw.Ahmad,Abu Daud dan Tarmizi)
antara lain sabdanya  :"Menuntu ilmu kewajipan setiap muslim"(Riw.Al-BaihaQi).

PERBEZAAN LELAKI DAN WANITA.

1. Perbezaan Saintifik.
            Adakah wujud perbezaan terdapat lelakai dan wanita? Jawapannya sudah pasti ya,memang wujud perbezaan antara lelaki dan wanita dalam kajian sains antaranya :
            1.Berat badan bayi lelaki mengatasi berat badan bayi perempuandalam kadar 5%.Pada usia 14 thn wanita mengatasi lelaki dalam kadar 20%,namun pada usia 16 thn berat lelaki kembali mengatasi perempuan dalam kadar 20%sehingga berumur 20 thn.
            2.Espek ketinggian.Ketinggian lelaki lebih mengatasi wanita,ini berlaku sejajar dengan pertumbuhan berat badan.Ketinggian wanita terhenti ketika berumur 18 thn,manakala ketinggian lelaki akan terhenti ketika berumur 21 thn.
            3.Espek kekuatan otot.otot lelaki lebih kuat jika dibandingkan dnegan otot perempuan.
            4.Espek jasad lahir(biologi).Perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan seperti bersuara garau bg lelaki,tumbuhnya jangkut,misai dan bulu disebabkan hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan ovum.
            5.Espek tingkah laku.perbezaan pada espek ini ketara pada wanita seperti:               
                        5.1 Wanita lebih cenderung pada nilai agama,kesenian manakala lelaki lebih cenderung kepada ekonomi dan politik.
                        5.2 Lelaki lebih prihatin pada pemikiran,merancang dan melaksana,manakala wanita lebih cenderung kepada individu.
                        5.3 Topik yang hangat dibicarakan dikalangan lelaki sama lelaki adalah masaalah harta,pekerjaan dan permainan,manakala wanita lebih suka membicarakan hal orang lain.

2. Perbezaan Pengamatan.
            Al-Imta' Wa Al-Mua'nasah karangan Abu Hayyan  Al-Tauhidi menyebut pengamatan manusia dahulu terhadap kehidupan meliputi  bukan sahaja lelaki dan wanita tetapi termasuk juga haiwan.Antaranya:
            1. Lelaki mempunyai gigi sebanyak 23 batang,manakala wanita pula sebanyak 30 batang.Gigi orang yang dikasi pula sebanyak 28 batang.
            2. Lelaki lebih merindui wanita pada musim sejuk,manakala wanita adalah sebaliknya.
            3.Telah dibuat xperimen terhadap burung betina,jika ia tidak mengeram ia akan sakit.
            4.Burung gagak betina sentiasa berada di sarangnya sahaja manakala burung gagak jantan akan membawakan makanan utknya.

            Perhatikan pula pada Firman Allah (Al-An'am 38) .Kebenaranan terhadap perjalanan kehidupan makluk Allah.

3. Dalil Quran.
            1.Cenderung wanita terhadap perhiasan(Al-Ahzab 28)
            2.Kelemahan wanita dalam perbalahan (Al-Zukhruf 18)
            3.Kesukaan wanita menceritakan hal orang lain (Yusuf 30 )
            4.Wanita menggoda lelaki (Yusof 28)
            5.Begitulah tersiratnya dimulakan penzina perempuan dr penzina lelaki (An-Nur 2)
            6.Manakala dalam melakukan jenayah didahulukan lelaki (Al-Maidah 38)

KEUTAMAAN LELAKI.
            Setelah dilihat perbezaan antara lelaki dan wanita wajarlah bg kita utk mengetahui pula apakah keutamaan yang diberikan kepada seorang lelaki sehingga dapat dibezakan antara tanggungjwab  dua elemen ini.Allah telah nyatakan dalam firmannya (An-Nisa 34)
memperjelaskan lagi tentang kelebihan yang diberikan kepada seorang lelaki melebihi wanita.

PERSAMAAN.
             Perbezaan antara lelaki dan wanita setelah dilihat dalam beberpa perkara tadi, namun disana kedapatan juga persamaan yang diberikan oleh Islam terhadap wanita.Persamaan tersebut melambangkan ketinggian Islam dalam memartabatkan wanita,yang pada asalnya dipinggir oleh golongan jahiliyah.Begitu juga dengan golongan Romawi,Yahudi,Masihi,Yunani dan Hindu.Qhadiyyah wanita ialah qhadiyyah terhadap bapa dan anak2.Selama mana didunia ini bapa2 dan anak2 merupakan golongan yang  menghormati dgn kemulian yang amat dalam terhadap wanita dan tidak membezakan antara kemulian dan pengurniaan dan golongan mereka yang tenggelam di dalam was-was dan prasangka terhadap wanita,sehingga menuntut persamaan hak antara lelaki daan wanita.
            Penjelasan ini akan memperjelaskan persamaan antara lelaki dan wanita antaranya seperti berikut :

 1.TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH.
            Merupakan persamaan yang paling utama antara lelaki dan wanita,tanggungjawab ini adalah amalan yang besar yang tidak terpikul oleh lelaki.Suatu amalan yang terlalu besar iaitu hijrah dengan kerelaan,hijrah kerana pengusiran,menanggung kesukaran di jalan Allah,menyampaikan manhaj Ilahi yang tidak lain tidak bukan lelaki dan wanitalah yang bersama2 memikul tanggungjawab tersebut.Sebagaimana Firman Allah (Al-Taubah 71-72).
            Antara lain persamaan tersebut boleh dilihat dalam beberapa perkara iaitu:
           
            1.Melakukan amalan.

                        1.1 Menunaikan kewajipan solat :
                                    Perintah ini tidak hanya ditaklifkan kepada lelaki sahaja malahan juga di taklifkan kepada wanita walaupun disana wanita mengalami keringanan utk tidak melakukan solat seperti haid,nifas dan sebagainya.Sebgaimana telah dinyatakan oleh Allah dalam firmannya(Al-Baqarah 110).(An-nisa 6).

                                    Begitu juga dalam sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :"Sesunguhnya solat itu tiang agama,brgsiapa tidak menunaikannya sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama"Riwayat Al-Baihaqi dengan sanad yang dhoif dr hadis Umar.Kata Hakim :Akramah tidak mendengar dr Umar.
                                    Telah ditanya kepada Rasulullah apakah amalan yang paling baik?maka Baginda menjawab dengan sabdanya ;"Solat diawal waktu" (Bukhari 2782) (Muslim 85/137).
                                    Sabda Rasulullah s.a.w.; "Barang siapa memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduk dan waktunya, adalah baginya cahaya dan tanda pada hari akhirat, dan barang siapa mensia-siakannya, nescaya dikumpulkan ia (kelak di neraka) dengan Fir'aun dan Haman." - Riwayat Ahmad( 2/169) .
                                    Daripada hadis abdullah bin amru.Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka dia kufur terang-terangan." - Riwayat Atthabarani
                                    Disana dapatlah disimpulkan persamaan dalam menunaikan kewajipan solat ini tidak hanya tertanggung kepada lelaki sahaja malahan ianya juga turut diperintahkan kepada wanita menunjukkan kebersamaan antara lelaki dan wanita dalam melakukan amalan.
                        1.2 menunaikan kewajipan puasa :
                                    Sebagaimana dimaklumkan puasa adalah merupakan ibadat yang mempunyai hikmah2 yang tersendiri.Adapun kewajipan puasa itu telah jelas termaktub di dalam Al-Quran seperti firman Allah (Al-Baqarah 185).
                                    Ini dinyatakan juga  didalam hadis yang bermaksud :"Rasululah s.a.w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari Dari Anas,
                                    Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla telah melepaskan kewajipan berpuasa dan sebahagian sembahyang kepada para musafir dan kewajipan berpuasa kepada ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak." - Riwayat Al-Khamsah
                                    Rasulllah bersabda :"Puasa separuh daripada sabar" riw.Tarmizi (3519).

                        1.3 Menunaikan zakat.
                                    Firman Allah(Al-Baqarah 43).(taubah 34)                              
                                    Sabda Rasullah : "Terbina islam itu diatas lima perkara....Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan allah dan sesungguhnya nabi itu hambanya dan utusanNyamenunaikan solat dan menunaikan haji(bg yg mampu)..(bukhari 8) (muslim 16/21_19).

                        1.4 menunaikan haji.
                                    Firman Allah (al-Maidah 3).
                                    sabda Rasullah ;"Barangsiapa yang menunaikan haji dan tidak berkata2 dengan perkataan keji dan tidak melakukan maksiat keluarlah dosa2nya seperti hari pertama dia dilahirkan dr perut ibunya"(muslim1350/438)(bukhari 1521) dr hadis Abu Hurairah.
                       
                        1.5 Amalan2 lain.
                                    Berikut antara amalan2 yang diperlihatkan persamaan yang wujud antara lelaki dan wanita  iaitu :
                                   
                                    1.5.1 Menuntut Ilmu :
                                                Wanita dan lelaki diberikan kebebasan oleh islam utk pergi menuntut ilmu sebagaimana firman allah :(Al-Imran 18)(Al-ramzu 9).(taubah 122).Begitu juga seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W :"Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan di fakehkannya dalam soal agama....."(bukhari 71) (muslim 1027/175)(tarmizi 2682)( ibn majah 223) ibn habban drpd hadis ibn darda'.\
                                               
                                    1.5.2 Mengajar :
                                                Imam Al-Sayuti dalam kitabnya Tadrib Al -Rawi menjelaskan Al-Rawiyah Al Asyariyyah telah menyebut  perawi wanita iaitu Ummu Ibrahim,Imam al-Sayuti memjelaskan bahawa Abu Al-Qasim Al-Soidalani telah meriwayatkan hadis drpd Ummu Ibrahim.Manakala Imam Al-Nasaie di dalam kitab Al-solah pada hadis  "Qul Huwallahu Ahad(surah Al -Ikhlas )menyamai sepertiga Al-quran. Hadis ini adalah dari riwayah Al Asyariyyah yang diriwayatkan oleh seorang wanita.
                                                Memadailah bg kita Al- Imam Al _hafiz ibn 'Asakir menyebutkan antara para syeikh beliau terdapat lapan puluh orang wanita sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr.malikah Abyadh didalam bukunya yag bertajuk Al Tarbiyyah wa Thaqafah Al Arabiyyah Al Islamiyyah.
                                    1.5.3 Bekerja ;
                                                Tidak kedapatan satu nas yang sohih yang melarang wanita utk keluar bekerja seperti mana lelaki.Bahkan kita merasakan ada isyarat nas dibebankan ke atasa pundak lelaki lantaran utk memuliakannya bukan utk memperkecilkan kebolehannya.Wanita hanya bekerja jika keadaan mendesak.Oleh itu,disana wujud persamaan antara lelaki dan wanita .
                                                Firman Allah (Al-Baqarah 233),kita mendapati kewajipan lelaki terhadap wanita yang menyusukan anak menunjukkan rasa belas ehsan Allah kepada golongan wanita.Manakala berkenaan petunjuk yg menjadikan mahar iaitu pemberian tanpa balasan hukum syariat telah menetapkan bahawa suami wajib memberi mahar kepada isteri walaupun isteri seorg yang berada
                                                Jelas kepada kita tanggungjawab ini bersama2 dilaksanakan oleh lelaki dan wanita dalam menjalani kehidupan dan menunaikan tanggung jawab kepad Allah.

2.PAHALA DAN DOSA.

            Persoalan pahala dan dosa bagi kita sebagai orang Islam berkewajipan mempercayainya.Dosa dan pahala ini merupakan balasan yang diberikan oleh Allah kepada kita sebagai balasan terhadap amalan2 yang kita lakukan.Maka disana wujud persamaan bagi lelaki dan perempuan dalam menerima dosa dan pahala ini serta balasan diatas kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.Oleh itu bolehlah kita bahagikan kepada dua persoalan utama iaitu :

            1.Tabiat yang sama dalam melakukan kebaikan.
                        Perkara ini amat jelas sekali yang dapat kita perhatikan dalam kehidupan dua elemen ini.Melakukan perkara kebaikan adalah perkara yang amat2 dituntut  oleh semua agama apatah lagi agama Islam yang suci murni ini.Allah telah nyatakan dalan firmannya (Al-Ahzab 35)(Baqarah 215)(Baqarah 195)(Yunus 9).Persamaan dalam melakukan perkara kebaikan ini tidaklah tertanggung ke atas pundak lelaki sahaja,begitu juga tidak tertanggung dipundak perempuan sahaja.Maka,lelaki dan wanita bersama2 mempunyai tabiat yang sama dalam melakukan kebaikan ini.Terlalu banyak hadis yang diutarakan dan disaran oleh Rasulllah dalam mnegerjakan amalan kebaikan diantaranya : "Agama itu nasihat,kami bertanya :'utk siapa (Ya Rasullah)?Sabdanya ;"Bagi Allah,kitabNya,rasulaNYa,imam2 muslim dan bagi muslim seluruhnya" (riw.Muslim dr hadis Abi Ruqayyah Tamim bin Aus Addaaari r.a).
                        Dr Anas berkata ;Berkata Rasullah :" Sesunggunya Allah redho dengan hambanya yang makan makanan kurniakanaNYa dan mengucapkan syukur padaNYa atau yang minum minumanNYa dan mengucap syukur diatas pemberiannya.(riw.Muslim.).
                        Jelas disini tabiat persamaan ini ada kepada lelaki dan wanita.

            2.Tabiat yang sama dalam melakukan kejahatan.
                        Ini adalah nagetif  daripada sikap positif dari dua elemen yang diperbincangkan.Sebagaimana kebaikan dikerjakan oleh lelaki dan wanita begitu juga dengan tabiat kejahatan.Tabiat ini merupakan persamaan yang berlaku terhadap lelaki dan wanita.Ini dapat dijelaskan dalam firman Allah :(Al-taubah 67-68).( an Nisa 31) (Syura 37).
                        Di dalam hadis pula banyak juga ingatan rasullah berkenaan dengan amalan yang jahat ini yang patut dihindari oleh keseluruhan umat islam yang tidak hanya larangan ini ditujukan hanya kepada satu golongan lelaki sahaja.Sebagaimana Sabdanya yang bermaksud :" Barangsiapa menukar agamanya hendaklah dibunuh" (Bukhari 3017) dr hadis ibn Abbas.Sabdanya lagi :"Perbezaan antara muslim dan kafir ialah meninggalkan solat ".(muslim 82) dr hadis Jabir.
                        Bolehlah kita simpulkan disini,bahawa segala perkara mazmumah yang ditegah dilakukan merupakan tabiat yang ditujukan kepada lelaki dan wanita yang sama2 melakukan perkara ini.
                        Di dalam Al-Quran  banyak menceritakan perihal kaum yang derhaka yang melakukan tabiat yang bersalahan dengan perintah agama.Begitu juga sirah Nabawiyyah yang menceritakan perihal kaum quraisy memerangi kaum muslimin.Adakah amalan tersebut hanya dilakukan oleh lelaki sahaja? Jawapannya sudah pasti tidak.

            3.Ketetapan bersama.
                        Dari Abi Abdirrahman Abdillah bin Mas'ud telah berkata : Telah bersabda Rasullah dan dialah yang selalu benar dan yang dibenarkan.Sesungguhnya tiap orang diantaramu di kumpulkan pembentukkan di dalam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah,kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari,kemudian menjadi segumpal daging selama itu juga,kemudian diutuskan malaikat,maka ia meniupkan roh padanya(dengn kehendak Allah) dan diperintahkan dan ditetapkan dengan 4 perkara 1.ditentukan rezekinya 2. ajalnya 3. amalannya 4. derita atau bahagia.Maka demi Allah yang tiada Tuhan melainkanNYa.Sesunggunyaseorg diantara kamu megerjakan pekerjaan ahli syurga tiadalah seorang diantara dia dan syurga kecuali sehasta sahaja.maka mendahuluilah atas ketentuan Allah,alalu ia mengerjakan pekerjaan ahli neraka,maka dia pun masuk neraka.Dan sesungguh seorg diantara kamu mengerjakan pekerjaan ahli nerakasehingga tiada diantara dia dan neraka itu kecuali sehasta sahaja,maka ia mendahului ketentuan Allah atasnya,lalu ia mengerjakan pekerjaan ahli syurga maka diapun masuklah ke dalam syurga "(Riw. Bukhari dan Muslim).
            Melalui hadis ini dapat kita perhatikan ketetapan yang telah diletakkan oleh Allah kepada lelaki dan wanita yang boleh disimpulkan iaitu ketetapan qada' dan qadar dari Allah taala.

3.TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
            Tanggungjawab merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan samaada bagi kaum lelaki ataupun wanita,dalam Islam wanita juga mempunyai tanggungjawab tersendiri,antaranya :

            3.1 Menyuarakan pendapat:
                        Wanita di boleh kan menyuarakan pendapat dan membuat keputusan.antaranya
                                   
                                    3.1.1 Hak wanita dalam menentukan kadar mahar
                                                             Wanita dibenarkan menentukan kadar maharnya sendiri sekalipun ia mencecah pada tahap yang sangat kecil.
                                                            Maksud hadis:Daripda Asim ibn Ubaiidillah berkata :Aku mendengar Abdullah bin Amir ibn Rubaiah daripada ayahnya bahawa seorang wanita dari bani Fazarah berkahwin dengan maskahwin sepasang kasut,lalu Rasulullah S.A.W berkat kepadanya :"Adakah engkau merasa redha dengan jiwa dan harta kamu,berkahwin dengan mahar sepasang kasut/"Wanita itu menjawab "ya".Maka rasulullah s.a.w. mengharuskan perkahwinan tersebut.( Riwayat AtTarmizi ).

                                    3.1.2 Wanita berhak memberi keputusan dalm urusan perkahwinan.
                                                            Manakala dalam urusan perkahwinan juga,wanita dibolehkan membuat keputusan untuk menerima lamaran ,sepertiman hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi s.a.w "seseorang al-Ayyim (janda ) tidak dikahwinkan melainkam setelah diminta izinnya dan perawan juga tidak boleh dikahwinkan melainkan setelah diminta izinnya."Para sahabat bertanya:"bagaimana cara keizinannya?".Rasulullah menjawab :"iaitulah dengan diam."

                                    3.1.Hak berumahtangga.                                                         
                                                             Kemungkinan sebelum ini kita menyangkakan Islam ini sekadar menuruti restu anak perempuan dan membiarkan ia,mengikut sesuka hatinya dengan mengabaikan individualiti (kebebasan hak-hak peribadi) ibu bapa.Sesungguh nya islam tidak melakukan sedemikian lebih lebih-lebih lagi bagi wanita yang ingin mendirikan rumahtangga.Islam telah memberi tumpuan yang khusus dalam pembentukan sel-sel masyarakat,jesteru itu islam memfokuskan kepada individualiti        wanita.dan demikian juga Islam memberi tumpuan kepada individualiti ibu bapa,tambahan pula ibu bapalah orang yang paling dekat dengan anak-anaknya dan prihatin terhadap anak-anak mereka.Lantaran itu islam telah mensyariatkan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa ketika pertunangan anak perempuannya.Islam juga telah mengasaskan kaedah sepertimana      yang telah disabdakan oleh rasulullah s,a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Daud Dan Ahmad:"maksudnya berbincanglah dengan wanita dalam soal anak perempuan mereka."

                                    3.2Tanggungjawab memelihara harta
                                                            Persamaan lelaki dan wanita dalam harta peninggalan waris:Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Untuk lelaki ada bahagian dari peninggalan ibu bapa dan karib terdekat,dan untuk perempuan ada pula dari peninggalan ibu bapa dan karibyang terdekat, baik sedikit ataupun banyak,sebagai bahagian yang telah di tetapkan.Sila Rujuk (An nisa 7, 11,12,176).
                                   
                                    3.3 Kebebasan individu 
                                                            Kita sedia maklum "kemanusiaan" wanita telah ditetapkan oleh al-Quran  dan ketetapan manusia  sebegini adalah satu martabat yang telah diangkat oleh Allah s.w.t terhadap wanita.sesungguhnya taklif (bebanan tugas )umum adalah tanggungjawab yang di pikul bersama di dalam syariat islam  antara lelaki dan wanita .Apa jua perkara yang di taklifkan oleh Allah kepada orang muslimin dalam bentuk umum, ia juga merupakan perkara yang melibatkan lelaki dan wanita .ini dinyatakan sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:"Dan orang-orang beriman,lelaki dan perempuan,setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh membuat kebaikkan, dan melarang daripada berbuat kejahatan,dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya.Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagii Maha Bijaksana.72 Allah menjanjikan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan (akan beroleh ) syurga -syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. (At-Taubah 71-72).
                                                            Antara Persamaan yang didapati di dalam kebebasan induvidu iaitu :
                                                                        3.3.1 Melayani tetamu
                                                                        Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam sohehnya :"Maksudnya:"Daripada Sahl,beliau berkata ,ketika Abu Usaid Al-Saidi mengadakan majlis perkahwinan.Beliau menjemput Nabi S.A.W dan para sahabat baginda.Tidak menyediakan makanan dan tidak melayani mereka melainkan isterinya Ummu Usaid.Beliau merendamkan buah tamar di dalam sebuah bekas sebaik saja nabi selesai makan dia memerah tamar itu dan memberi nabi minum air perahan tamar itu kepada baginda, beliau juga mengkhususkan untuk nabi hidangan makanan.". Berkata Al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqalani :haddith ini menunjukkan bahawa wanita boleh berkhidmat kepada suami dan para tetamunya.Jelaslah keharusan ini ketika tiada fitnah dan tertutup aurat. Harus bagi suami menggunakan khidmat isterinya untuk perkara sebegini.Ini merupakan hakikat ilmiah yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.Wsendiri dan semua ulama`muktabar.
                                                                       
                                                                        3.3.2 Melamar lelaki
                                                                        Sebagaimana diketahui umum,kebiasaanya lelaki melamar wanita.Walau bagaimanapun Islam membolehkan wanita untuk melamar lelaki.Inilah antara bentuk persamaan antara lelaki dan wanita .Hadith -hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menjadi sumber hukum Islam.Seorang wanita telah bertanya kepada Rasulullah  S.A.W berkaitan haji untuk bapanya.Al Fadhl ibn  al-Abbas mengiringi nabi ketika itu, beliau seorang pemuda yang kacak dan demikian juga dengan wanita itu,masih muda dan rupawan.Al-Fadhl melihat kepada wanita itu lantas wanita itu membalas pandangannya.Rasulullah s.a.w memalingkan wajah Fadhl.Al-Abbas berkata kepada nabi s.a.w "Engkau palingkan leher sepupumu."Saudara Al-Fadhl iaitu Abdullah ibn Al Abbas hadir bersama ketika itu.Wanita tersebut berada disamping bapanya .Bapa wanita tersebut mempelawa Rasulullah melamar anak wanitanya.Bapa wanita itu          mengarahkan anaknya agar bertanya sendiri kepada Rasulullah supaya Rasulullah mendengar sendiri suara wanita tersebut dan melihatnya sendiri bagi tujuan perkahwinan .Pertemuan begini tidak ditegah oleh syariat .Syariat hanya menegah Al Fadhl melihat wanita.Di sini pokok masalah  dan adab-adabnya .Tidak mengapa           pertemuan lelaki dan perempuan selagi mana menjaga adab perjumpaan.
                                                                       
                                                                        3.3.3 Melihat lelaki ajnabi
                                                                        Al- Imam  Al Bukhari mengambil istinbat dari banyak hadith bahawasanya harus seorang wanita melihat kepada lelaki ajnabi ( bukan mahram),sekalipun keatas Ummahatul Mukminin (para isteri nabi)yang di fadhukan keatas mereka supaya memakai jilbab di hadapan lelaki ajnabi sepertimana juga Aishah melihat kepada lelaki Habsyi bermain di dalam masjid.

                                                                        3.3.4 Berbicara dengan lelaki
                                                                        Barang siapa yang meneliti dialog wanita dengan Rasulullah dan selain baginda akan   mendapati dan mengerti tentang kemantapan jiwa wanita .Memadailah kepada kita dialog Hindun binti Utbah bersama Rasulullah s.a.w pada hari pembukaan Kota Mekkah.Beliau datang untuk berakad setia dengan Rasuullah S.A.W ketikamana Rasulullah berbai`ah dengan mereka,baginda bersabda:"Bersumpah setialah denganku bahawasanya kamu semua tidak akan melakukan syirik kepasa Allah s.w.t sedikitpun.Hindun berkata "sesungguhnya kami telah pun gatakannya."Kemudian nabi s.a.w berkata:"Janganlah kamu semua mencuri."Hindun menjawab. Sesungguhnya suamiku seorang yang bakhil, tidak kepada aku dan anak aku sesuatu yang mencukupi"Rasulullah bersabda:"ambillah apa yang mencukupimi dan anakmu dengan baik:"Kemudian rasulullah berkata "Janganlah kamu             berzina!."Hindun menjawab"Adakah perempuan merdeka berzina?!"Apabila nabi s.a.w  bersabda lagi :"Janganlah kamu membunuh anak-anak        kamu."Hindun berkata"kami telah membelanya sewaktu kecil tetapi engkau membunuhnya setelah dewasa.Adakah engkau meninggalkan  anak kepada kami tapi           engkau telah membunuhnya pada hari Badar."Umar tertawa sehingga ia tersandar.Rasulullah s.a.w tersenyum.Baginda berkata "Kamu Hindunkah?"Hindun menjawab betul Wahai Rasulullah.Maafkanlah aku dengan apa yang telah berlalu,semoga Allah mengampunkan kamu juga."Apabila nabi bersabda.Janganlah kamu datang kepadaku dengan berdusta."Hindun menjwab "Sesungguhnya berdusta itu suatu perbuatan keji.Dan apa yang engkau mahukan dari kami ialah kebijaksanaan dan kemuliaan akhlak."Kemudian nabi bersabda Dan janganlah kamu menderhakai hak pada kebaikan."Hindun berkata"Demi Allah,ketika kami duduk dalam majlis seumpama ini tidak terdapat sedikitpun di dalam diri kami ingin menderhakaimu pada perkara kebaikan."
                        Diriwayatkan di dalam sejarah bahawa Hindun datang menemui Nabi s.a.w dengan memakai jilbab kerana takut Rasulullah mengenalinya.Apabila Rasulullah mengenalinya,ia membuka jilbabnya.Inilah dia Hindun yang memiliki keperibadian yang istimewa dan memadailah kepada kita bahawasanya anaknya Muawiyyah merasa mulia dan berbangga apabila ia berkata "akulah anak Hindun".Rasulullah juga berbalas dialog dan Baginda tidak mengherdik dan menegahnya .Rasulullah juga tidak berkata kepadanya "Engkau tidak berhak untuk campurtangan di dlam urusan sebegini."Rasululla juga tidak menegah Hindun membuka jilbabnya di hadapan baginda .Inilah dia islam dan inilah juga wanita-wanita muslimah .Hindunlah yang selayaknya dijadikan contoh teladan.

LELAKI DIDAHULUKAN DALAM BEBARAPA KEADAAN.
            Sebagaimana kelebihan yang telah diberikan kepada lelaki mengatasi wanita,perlulah kita mengetahui keadaan2 yang manakah di dahulukan lelaki daripada wanita. antaranya ;
            1.Mengimamkan solat ;
                        Imam solat adalah pemberi syafaat di sisi Allah kepada semua orang yang mengerjakan solat.Ulama syariat melihat hakikat ini ,oleh itu mereka meletakkan beberapa kreteria atau syarat untuk menjadi imam.Ulama yang menegah wanita menjadi imam bukanlah disebabkan ciri2 wanita tersebut tetapi berdasarkan kepada hikmah yang lain.Terdapat banyak masaalah dalam pemilihan imam ini berkaitan dengan sifat  dan syarat utk menjadi imam.Kebanyakkannya adalah ijtihad ulama yang tiada nas-nas qathie pada syara.
            2.Kepimpinan umum.
                        Kepimpinan umum yang diutarakan disini ialah ketua negara.Lelaki lebih diutamakan dari wanita dalam menjawat jawatan ketua negara ini.Walaupun soal ini tidak melibatkan masaalah usuluddin,namun persolan kepimpinan ini amat wajarlah diutamakan lelaki terlebih dahulu walaupun tiada tegahan utk wanita menjadi pemimpin.syarat dan ciri amat penting dalam permasaalahan ini.

WANITA DIDAHULUKAN DALAM BEBERAPA KEADAAN.
            Islam tidak meminggirkan  wanita, dan disana wnita didahulukan dalam perkara seperti :
            1.Suri rumah tangga.
                        Sabda Rasullah :"Setiap kamu adalah pemgembala (penjaga)dan setiap pemgembala bertanggungjawab terhadap gembalanya(org yg dibawah jagaanya) maka wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan dia bertanggung jawab trhadap tangungganya"
                        Oleh itu,kewajaran pelaksanaan wanita sebagai suri rumah di dahulukan dari pada lelaki kerana sifat fitrah semulajadi wanita yang dijadikan sebagai seorang insan yang lemah lembut itu sendiri meletkkn mereka lebih diutamakan dari lelaki dalam dalam soal rumahtangga.Walaupun lelaki sebagai ketua keluarga ini membawa mksud lelaki tidak boleh sekali memainkan peranan  monopoli dlam intitisi kekeluargaan keran ianya akan meroskkan sisitem keleurga itu sendiri.
            2.Mengasuh anak-anak.
                        Syara' mengutamakan penyaksian wanita terhadap perkara2 yng bersangkutan dengan urusan mereka.Mengutamkan wanita dalam memelihara kanak2,asuhan ini bermakna melaksanakan segala urusan mereka,mengasuh dan menanggungnya.Tidaklah bermakna keseluruhan tanggungjawab itu terletak di tangan wanita malahan kewajipan mencari harta utk anak dan isteri itu telh di dipertanggungjawabkan keapda lelaki.Bukahkah terciptanya keharmonian rumahtangga jika elemen-elemen ini salaing bantu membantu seperti yang di sarankan oleh islam.?

KESIMPULAN.
            Semoga dengan penerangan yng serba ringkas ini membuka minda kita dalam memahami disana wujudnya jurang perbezaan dan persamaan terhdp lelaki dan wanita ini.Kita mengharpkan agar tiadalah suatu hari nanti lelaki menjadi musuh kepada wanita dalam menuntut persamaan hak.

PENUTUP.
            Akhir kalam yng baik itu dari Allah yang tidak itu kelemahan penulis ini sendiri Wallhu A'lam.


SUMBER RUJUKAN.
 Al-quran dan terjemahan.
 Hadis Soheh muslim.
 Status wanita menurut kaca mata islam(Syeikh Abdul majeed subh)
 Ahya ulumuddin (Imam Ghazali)
 Kitab Kabair (Al-Zahby)
 Riyadah Solihehin (Imam Nawawi).
 Hadis 40 (Imam Nawawi)

No comments:

Post a Comment