Maksud ayat : Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)
Sesungguhnya Allah ta’ala mengangkat dan meninggikan ilmu dan ulama dan orang-orang yang menjadikan ilmu itu sebagai suatu keperluan dalam hidupnya.
Maksudnya : Allah meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang menuntut ilmu itu beberapa darjat. Dan Allah membezakan orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu.
Maksudnya : Katakanlah wahai muhamad. Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.
Para ulama adalah pewaris nabi, wajib ke atas mereka untuk menerangkan ayat-ayat Allah yang manusia tidak mengetahui aka nisi dan kandungannya. Sesungguhnya haram bagi kamu untuk menyembunyikan apa yang telah di sampaikan oleh nabi kepada kita dari ilmu-ilmu Allah.
Sebab Nuzul : Turunnya ayat ini ke atas ahli kitab ketika mereka bertanya terhadap ketua-ketua mereka adakah telah datang dalam kitab mereka tentang sifat-sifat dan ciri-ciri Nabi S.A.W. akan tetapi mereka telah menyembunyikan dan tidak mengkhabarkan kepada yang bertanya dengan perasaan dengki dan marah. Diriwayatkan bahawa muaz bin jabal dan sebahagian sahabat telah bertanya paderi yang memegang kitab taurat.
Ahkam Assyariah
Hukum pertama : adakah ayat ini di turukan khusus untuk kaum yahudi dan nasara atau ianya untuk semua?
- Ditunjukkan bahawa ayat ini di turunkan ke atas paderi yahudi dan ulama nasara yang menyembunyikan sifat-sifat nabi di dalam kitab mereka. Dan lafaz dengan lafaz umum, dan tidak khusus pada sebab maka ia merangkumi keseluruhan manusia yang menyembunyikan ilmu dari agama Allah sebagaimana telah diakui oleh ulama usul. Dan disamakan juga dengan orang menyembunyikan hokum-hukum syariah untuk kepentigan peribadi, keluarga, atau dunia.
Hukum Kedua : Adakah boleh untuk kita mengambil upah dalam mengajar al-quran dan ilmu syarak yang lain?
- Para ulamak dahulu mengharamkan pengambilan upah dari mengajar al-Quran dan ilmu agama. Pengharaman ini di dasarkan kepada firman Allah:
- “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah.”
- Ayat di atas memerintahkan agar ilmu itu disebarkan dan tidak boleh disembunyikan. Namun para ulamak mutakhirin menghalalkan pengambilan upah terhadap pekerjaan mengajar syariat Allah.
- Mengapa hukum ini berubah?
- Kerana mereka melihat bahawa manusia sudah mula memandang ringan dan meremehkan pendidikan agama, serta mengabaikannya. Mereka sentiasa menyibukkan diri dengan urusan-urusan dunia serta hanyut dengan kemewahan. Kesiibukan ini sudah tentu akan memalingkan mereka dari mempelajari Kitabullah dan ilmu-ilmu agama. Ini akan mengakibakan pupusnya penghafal-penghafal al-Quran dan lenyapnya ilmu-ilmu agama dari dada orang Islam.
- Dengan situasi begini, para ulamak mutakhirin memfatwakan Boleh mengambil upah/gaji dari pekerjaan mengajar al-Quran dan ilmu-ilmu agama. Malahan sebahagian dari mereka mengatakan bahawa mengambil upah/gaji dari mengajar agama adalah wajib bagi para pemelihara ilmu agama.
Hukum Ketiga : Menzahirkan ilmu fardhu kifayah atau fardhu ain?
- Sesungguhnya mengajar ilmu adalh fardhu kifayah dan tidak wajib keatas semua orang kecuali jika tiada seorang di antara kalian yang mengetahhui maka ia menjadi wajib. Adapun jika telah ada di antara kalian yang mengetahui maka ia menjadi fardhu kifayah.
Hukum Keempat : Adakah menembunyikan ilmu itu di antara dosa-dosa besar?
- Di tunjukkan ayat bahawa menyembunyikan ilmu adalah dari dosa-dosa besar kerana Allah melaknat sesiapa yang melakukan demikian. Sesungguhnya dosa-dosa besar terjadi jika Allah melaknat, atau marah, atau mengazab yang telah di sebut di dalam al-quran. Dan sesiapa yang menyembunyikan ilmu-ilmu Allah maka dia tergolong dalam lafaz yang umum tadi.
No comments:
Post a Comment