Wednesday 17 October 2012

"Masih lagi tidak cukup"

Ada orang kata hidup ini singkat, ada orang kata hidup ni panjang. sebab apakah mereka katakan seperti itu. ingin aku katakan kehidupan ini sebenarnya adalah sesuatu perjalanan di dalam persinggahan yang tiada penghujungnya, kita berada di alam rahim, kemudian menjadi manusia di alam dunia, kemudian di alam kubur atau barzakh, kemudia kita akan di hidupkan sekali lagi untuk dihitung amalan kita. Sesungguhnya kehidupan ini adalah perjalanan yang sangat panjang yang kita perlu tempuhi dengan cara masing-masing berdasarkan sebuah panduan. Mungkin orang yang mengatakan bahawa kehidupan itu suatu yang pendek, mungkin dia adalah seorang yang alim, dan tawaduk. Dia merasakan hidup ini terlalu pendek untuk melakukan perkara yang baik dan beramal soleh. Amal-amalannya masih lagi tidak cukup untuk menampung dosanya untuk dibawa kehadapan allah. Amalan yang baik mampu untuk menjadi syafaat kepada kita untuk masuk kedalam syurga. Bayangkan jika kita berada di dalam neraka untuk satu hari sahaja, bagaimana rasanya berada di dalamneraka yang panas mendidih. Satu hari di neraka sama dengan seribu tahun di dunia. bayngkan seumur hidup kita, kita melakukan kejahatan, adakah ianya tidak perlu dibalas? Kehidupan yang panjang adalah kehidupan bagi mereka yang banyakkan melakukan maksiat di dunia. mereka merasakan dunia ini adalah penghujung bagi alam kehidupan, mereka tidak memikirkan sesuatu yang bakal terjadi setelah mereka mati nanti. Mereka hanya inginkan hiburan yang melalaikan yang boleh mengisi kekosongan hati mereka. Apabila mereka tua nanti, adakah mereka mampu untuk melakukan seperti mana mereka muda dahulu. akhir kalam, ini adalah hanya pendapat abdu tentang manusia. waallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment