Saturday 10 November 2012

"Hujan Itu Menenangkan"


Assalamualaikum sahabat semua..

Terasa begitu "Sakinah" sekali malam ini, sambil ditemani hujan yang masih lagi tidak berhenti menurunkan airnya sejak tengah hari tadi.

Apa yang pasti, hujan ini boleh menjadi manfaat dan juga bencana kepada manusia. 

Semester ini adalah semester terakhir abdu, sesungguhnya semester kali ini betul-betul mencabar akal dan kekuatan abdu. Banyak subjek yang inginkan projek untuk disiapkan, juga termasuk subjek statistik,  
subjek yang abdu rasa begitu mencabar akal, subjek ini berkaitan Add mate, sudah pasti student usuluddin macam saya kurang mahir dalam bab ini, tapi walau apa pun, abdu tidak pernah menyerah. 

Sesiapa yang menuntut ilmu, dan dia mati ketika dia menuntut ilmu, ia dikira sebagai mati syahid....

Allah, sesiapa yang tak mahukan mati syahid, belum tentu lagi kita mampu untuk berperang di medan perang, tapi hati ini kata, kalau ada jalan yang lebih mudah untuk kita mati syahid dari berperang, mestilah kita ingin pilih jalan itukan...

Maka jalan menuntut ilmu adalah jalannya. 

Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Ikatlah ilmu dengan menulisnya".

Jalan ini bukan mudah sahabat, abdu sendiri rasa nak give up, tapi bila memikirkan mencari ilmu adalah satu tanggungjawab kita, maka kekuatan itu datang kembali. Menuntut ilmu ini kita memerlukan pengorbanan sejati, sebab apa sebab tanpa ilmu, kita tidak akan mengenal pencipta kita ni, betul tak??? andai kita tak menuntut ilmu agama, siapa yang akan menyebarkan agama kita? Takkan kucing yang kita bela nak sebarkan agama Allah ni..Mestilah kita yang berakal ini yang menyebarkan agama Allah..

"kalau kita hendak berjaya jangan lupa untuk jaga hubungan kita dengan Allah dan Makhluknya"

Banyak kenangan yang abdu rasa selama abdu menuntut ilmu di Universiti ini, pahit manis dengan kawan satu kuliah, fakulti dan universiti. Tanpa itu semua kita tidak akan merasa kemanisan dalam menuntut ilmu...

Abdu petik dari lirik lagu kalimah rabbani :
“Kita cuma insan yang hidup di akhir zaman
Menghabiskan sisa peninggalan ilmu
Sebelum diri dimamah usia
Pernahkah kau fikir amalanmu?”



Subhanallah.....  

Alhamdulillah...

La ilaha illAllah...

Allah itu Maha Bijaksana, tiada yang lebih bijaksana melainkan Allah. Dia sentiasa memberi apa yang kita perlukan, bukan yang kita inginkan. Contohnya, apabila kita sedang lapar dan tidak mempunyai wang yang banyak, adakah kita akan membeli makanan yang mahal? Sudah pasti kita akan membeli makanan yang mampu membuatkan kita kenyang. Maka Allah telah memenuhi keperluan kita.

"Allahkan sebaik-baik penolong bagi orang islam"

Sungguh Allah itu Maha mengetahui apa yang ada diperlukan oleh hambanya.
Akhirul kalam dari abdu, ini adalah first entry yang abdu fikir paling bestlah dari yang entry lain hehehe^^,
Untuk sahabat-sahabat di luar sana, jangan lupa jaga iman dan hati dari benda-benda yang lalai ok..
Moga dipermudahkan segala urusan kita..
Dari AbduAdib..




No comments:

Post a Comment