Saturday, 14 September 2013

Menggapai RedhaMU

Lagu ini ku tujukan buat bakal isteriku yang ku kasihi...Cer klik then baca cerita di bawah=)
LAGU HIJJAZ "PERMAISURI HATIKU"


Dah ada ke? ish, bakal isteri memang dah ada tapi tak tahu siapa..hee
Siapa pun dia itu tak penting, yang penting kita kena bersedia untuk menempuh alam itu, ada ke tak ada ke itu bukan persoalannya. Persoalannya siapa kita sekarang ini, adakah kita telah perbaiki diri untuk dihadiahkan pada yang halal nanti? Kalau belum sama-sama usaha untuk perbaiki diri... Kalau yang masih mencari tu teruskan berusaha, jodohkan macam rezeki, kita kena cari baru dia datang, tak cari tak datanglah, Allah kan dah aturkan rezeki untuk kita. So jangan takut untuk terus berusaha, berusaha dan berusaha.

Pernah tak dengar banyak kali aku bercinta tapi tak ada pun yang menjadi...Pernah kan???
Tak apa, anggap semua itu ujian dari Allah yang Maha Kasih, bila kita cek dan servis diri kita baru kita tahu kita masih ada kekurangan dalam bab-bab ini. Maka, ilmu juga penting...

Jangan kecewa dan putus asa, sebab Allah jadikan makhluknya itu berpasang-pasangan. Mungkin kita masih lagi tak jumpa yang terbaik untuk kita, sebab apa??? Sebab kita masih lagi tak jadi yang terbaik untuk orang lain..,Betul tak? Nak dapat pasangan yang setia, tapi kita masih lagi tak setia.. Nak dapat pasangan yang baik, tapi kita masih lagi melepak tak tentu hala tanpa tujuan dan matlamat.. Adakah bila kita ditinggalkan nanti kita baru nak mengadah??? huhu No komen..
Kadang-kadang kita tak setia sebab kita nak cari yang baik untuk kita, then kita tinggalkan dia.. Kita dah berkawan lama, kita boleh terima dia seadanya, bukan paras rupa jadi ukuran, tapi tetap nak tinggalkan juga..Bukan sebab ada perempuan lain pun, cuma kita fikir bila kita teruskan hubungan ini, banyak dosa yang terjadi... Jadi perpisahan sebelum pernikahan itu lebih baik dari perpisahan selepas pernikahan... Macam dalam lirik lagu Rabbani "Cari, cari-carilah pasangan hidup betul-betul oh sayang" eh, dah terbunyi lagu pulakkan.. Tapi gitulah gamaknya, cuma apa yang penting bila kita dah jumpa yang terbaik untuk kita, just sederhana dalam berhubungan, jangan sampai kita bosan asik bersms je, sebab sayang sangatkan. Tapi tup tup sebenarnya dia bukan jodoh kita..Takyah nak pujuk-pujuk orang yang dah tak nak pada kita, hee malulah beb, xda prinsip ke??? So, kalau putus kat tengah jalan pun bila kita bersederhana taklah frust menonggengkan, sekurang-kurangnya kita ada kekuatan untuk bangun semula..

Biarlah apa orang nak kata, janji kita terus dengan prinsip kita.

Hanya sekadar coretan, tiada kaitan sama ada yang hidup atau yang telah mati...

No comments:

Post a Comment