Assalamualaikum
sahabat semua,
Lama sudah
tidak bersua dan berkongsi masalah kita.
Apa khabar?
Moga Allah akan sentiasa bersama kita tatkala kita susah dan senang.
Pelabagai soalan
di dalam fikiran kita, mana datang jodoh kita ni? Mana datang cinta kita?
Masya’
Allah, hebat dengan ujian yang berikan untuk kita sekiranya jodoh kita dekat
dengan kita,
Tapi satu
persatu hilang disebabkan kita tidak pandai menjaga jodoh kita. . . sedihlah
hati ini… Tapi…
Sebenarnya
Allah telah tentukan siapakan jodoh kita, pasangan kita di dunia ini, so…Janganlah
bersedih bila kita terkecewa dan dikecewakan. Allah Maha Mengetahui apa yang
terbaik untuk kita. Betul tak sahabat??? Biarlah ianya datang dengan redha
Allah… Ada pepatah mengatakan “berkahwin dengan orang yang kamu cintai adalah
satu kebetulan, tetapi mencintai siapa jodoh kamu adalah suatu kewajipan”.
Sekuat mana cinta kita, selama mana kita setia, sejauh mana kita jujur padanya,
jika Allah tidak takdirkan dia bersama kita, kita akan bersamanya,tetapi jika
Allah katakan dia bukan bersamanya, kita tidak mampu untuk melawan takdirnya.
Percayalah, akan datang suatu hari nanti orang yang benar-benar mencintai kita.
Itulah lumrah kehidupan…
Panjang
cerita pasal jodoh ni, penulis bukanlah pakar cinta pun. Cuma berkongsi sedikit
ilmu dan rasa hati pada sahabat semua. Moga bermanfaat dan dijadikan inspirasi
bagi pemilik-pemilik hati semua.
Sahabat, ujian dalam kehidupan ini tetap ada, tidak kira ujian bagaimana yang Allah berikan pada kita, tapi tujuan sebenarnya ingin melihat HATI-HATI kita supaya tetap bersamaNYA. Hebatkan Allah, Dia lebih mengetahui akan hati-hati manusia, kerana Dialah pengawal hati-hati kita semua, kesedihan, kebahagiaan, kegembiraan, kedukaan dan macam-macam perasaan lagi, Allah yang letak dan kawal perasaan kita. Jadi, untuk menenangkan hati kita yang masih lagi gundah-gulana dan kecewa dek kerana perbuatan manusia, kembalikan hati itu pada PEMILIKNYA, Insya’ Allah kita akan dapat ketenangan semula terhadap hati kita.
Sekadar nukilan di keheningan malam…
Moga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment