Assalamualaikum sahabat
semua…
Alhamdulillah Allah
masih panjangkan umur kita lagi, kita berjumpa di dalam new entry, walaupun abdu baru update new post malam tadi,
tapi abdu rasa macam nak share sesuatu dengan sahabat semua petang ini walaupun
masih ditemani hujan yang lebat…
Ada suatu hari selepas
abdu makan tengah hari di kedai makan di tempat abdu belajar, abdu pergi ke
bank berdekatan dengan pekan Nilai untuk withdraw duit dari atm Bank Islam..
Kisahnya begini, ketika
abdu keluar dari Bank Islam, abdu terlihat seorang makcik nilah kan sedang
menunggu untuk mengutip derma sambil duduk di tepi pintu Bank Islam.
Sewaktu melalui depan makcik tersebut(dalam
hati ini memang dah tahu dia dari pusat tahfiz), jadi abdu pun terus jalan 2 3
langkah dari tempat makcik tu, hati abdu terdetik untuk memberi sedekah,sebab
teringat dalam poket abdu ada duit lebihan makan tadi. Abdu pun tergerak untuk member
sedekah lebihan duit tu, tapi…. Kaki abdu tak mahu kearah makcik tu..hati abdu
terasa macam nak ke tak nak bagi.. Akhirnya….ce teka jadi ke tak????
“Tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang di bawah”
Abdu pun terus ke motor
tanpa bagi sedekah ke makcik tu….
Kesiankan makcik tu,
kalau tak mesti dia dah dapat duit….heheheh
Nak dibuatkan cerita…
Masa saya nak isi minyak
motor dekat stesen minyak, sewaktu nak bayar di kaunter, abdu rasa sesuatu yang
hilang dalam poket ni….cube teka apa yang hilang??
Rupa-rupanya duit yang saya nak buat sedekah
ke makcik tu hilang entah kemana...Seluruh poket dah di recheck, tapi tetap
takda…
Biarlah siapa yang jumpa
duit yang hilang tu, abdu sedekah..
Sahlah, Allah memang nak
tumjuk pada abdu yang duit tu memang sepatutnya dibuat sedekah…(marah tak guna, niatkan sedekah je yang penting).
Someone said:
“harta yang kita miliki adalah harta yang kita beri pada orang lain”
Sebab ape dia kata macam
tu? Sebab dekat akhirat nanti duit yang kita sedekahkan pada orang lain itulah
yang menjadi bekalan untuk kita diakhirat nanti..
Oklah, azan maghrib pun
dah masuk ni, agaknya kalau dekat indon, mungkin dah solat pukul 6
tadi..tapi
ini Malaysia, baru je masuk, so,ape tunggu lagi..
“Utamakan apa yang utama”
Akhir kalam…teruskan
perjuangan sahabat semua hingga ke akhirnya..
Moga dipermudahkan
segala urusan,
Dari AbduAdib…
No comments:
Post a Comment