Hati ini sering kali
bertanya, kemana hala tujuanku selepas aku bergelar under graduate,
sesungguhnya hati ini masih lagi tidak tahu dan ragu-ragu dalam menentukan hala
tujunya.
Mana mungkin bagi
seorang lelaki seperti aku tidak mempunyai hala tuju untuk dibawa kearah
redhaMu. Tetapi hati ini terus berkata, “apa tujuanku selepas aku bergraduasi
nanti?”
Ketika aku menaiki pentas
untuk mengambil sijilku nanti, sudah pasti tanggungjawab yang sangat besar yang
perlu aku pikul. Adakah aku telah bersedia menjadi seorang dai’e atau hanya
bekerja dan terus bekerja tanpa memikirkan masalah orang lain. Aku punya ibu
bapa, adik-beradik, saudara, jiran tetangga, dan muslimin semua.
Semua itu memerlukan
ahli yang bijak pandai dalam ilmu agama, bertanyakan masalah, penyelesaian, dan
sesuatu yang mungkin kita tidak jangka akan ditanya. Siapa tahu? Hanya Allah
sahaja yang tahu.
Hati ini tetap
ragu-ragu, di mana akan ku cari jawapan untuk semua persoalan nanti. Mana mungkin
untuk berhujah tanpa nas-nas yang tepat dan sahih. Sudah pasti itu akan menjadi
satu musibah kepada diriku. Sudah cukupkah dengan apa yang kita ada sekarang…..
“Orang
yang pandai akan melakukan sesuatu yang luar biasa dari orang-orang yang tidak
pandai”.
Hala tujuku masih lagi tetap tidak ketahuan. Di mana
arah tujuku yang sebenar? Aku masih lagi tidak tahu.
“Kadang-kadang
peluang itu hanya sekali sahaja datang,kita tidak tahu bila ia datang, dan ia
tidak semasa kita mencari,tetapi ia datang tanpa kita sedari”.
Maka rebutlah peluang
yang datang itu dengan baik, mungkin ia akan merubah hidup untuk selamanya.
Di mana hala tujuanku? Oh,
rupa-rupanya hala tujuanku telah pun datang, tetapi aku tidak menyedarinya, maka
ia telah berlalu pergi…..
Dan sekali lagi, peluang
itu datang kepadaku tanpaku sedari, tetapi ketika itu, aku mampu untuk
melihatnya dengan mata hatiku…
Maka hala tujuanku telah
aku genggam sekuatnya dan tidak akan melepaskan hala tujuanku itu pergi sekali
lagi…
Natijah yang kita dapat
dari kisah hala tuju ini adalah setiap apa yang kita lakukan mestilah sentiasa
mempunyai hala tuju, tapi hala tuju mungkin masih samar, jadi setiap peluang
yang lalu di hadapan kita, kita jadikan sebagai satu platform dalam menjadikan
hala tuju itu tidak lagi ragu-ragu dan jelas lagi diredhai.
Tiga golongan manusia di
muka bumi :
- Golongan yang BERJAYA.
- Golongan yang TERPEDAYA.
- Golongan yang CELAKA.

Jadi, peluang apa pun
yang kita perolehi pada hari ini jadikanlah peluang itu sebagai hala tuju kita
dalam merubah diri kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam dan lebih
dari hari ini. Semoga hari esok, hala tuju anda akan tercapai dengan jayanya.
InsyaAllah….
Moga Allah permudahkan
urusan kita.
محمد آديب بن محمد صالح
11/11/2012
00:32 am
No comments:
Post a Comment